KUALA LUMPUR: Pameran Matta 2023 pada Mac ini akan menjadi acara terbesar sejak ia ditubuhkan dan dijangka menjana jualan RM400 juta dengan sasaran 250,000 pengunjung, kata Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta).
Pengerusi Penganjur Rocky Kho berkata, mereka menjangkakan jumlah pengunjung terbesar pada pameran itu tahun ini, lebih daripada rekod sebelumnya iaitu 113,685 pengunjung pada 2019, sebelum pandemik COVID-19.
"Pameran itu akan meliputi keseluruhan kemudahan, yang merangkumi ketiga-tiga tingkat pameran dan akan memenuhi lebih daripada 37,000 meter (398,264 kaki persegi) ruang yang membolehkan peserta pameran mempamerkan produk mereka. Pameran Matta ini akan mencatat rekod baharu daripada segi saiznya," kata Kho pada sidang media di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec), di sini, hari ini.
Katanya, pada masa ini, 1,313 gerai telah ditempah dan pihaknya menjangkakan lebih banyak lagi akan mendaftar.
Arab Saudi yang merupakan destinasi pelancongan baharu, menjadi antara sorotan pameran tahun ini, katanya.
"Arab Saudi adalah peserta yang akan terlibat dalam pameran ini. Ia kini merupakan salah satu destinasi pilihan kami untuk dikunjungi.
"Ia adalah destinasi bukan sahaja untuk umat Islam dan destinasi umrah dan haji, tetapi ia kini menjadi destinasi untuk semua orang, termasuk bukan Islam," katanya.
Kho berkata, Malaysia dipilih oleh Arab Saudi sebagai salah satu daripada beberapa negara istimewa yang ditawarkan visa pelancong berbilang kemasukan yang sah selama setahun.
"Rakyat Malaysia tidak seharusnya melepaskan peluang untuk mengambil kesempatan (visa yang ditawarkan)," katanya.
Antara peserta Pameran Matta 2023 ialah agensi pelancongan, pejabat pelancongan negara, pejabat pelancongan kerajaan negeri, hotel dan pusat peranginan, taman tema, syarikat penerbangan dan pengendali pelayaran, serta perkhidmatan dan organisasi berkaitan perjalanan lain.
"Kami juga ada bahagian umrah. Pengusaha umrah yang dilesenkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan menjual pakej umrah dan haji mereka di sini, sebagai tambahan kepada pelancongan dan perkhidmatan lain yang disediakan," kata Kho.
Sementara itu, Matta berkata, perkhidmatan ulang-alik untuk pelawat akan disediakan di tempat mengambil dan menghantar yang ditetapkan di sekitar Mitec iaitu di Terminal Bas Jalan Duta, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Masjid Wilayah Persekutuan, Menara Miti dan Menara MATRADE.
"Lokasi lain, terutamanya yang terletak berhampiran stesen MRT, sedang dirancang dan akan diumumkan pada masa yang sesuai," katanya.
Edisi ke-52 pameran pelancongan pengguna terbesar di Malaysia itu akan diadakan di Mitec pada 17-19 Mac (Jumaat hingga Ahad), dari 10 pagi hingga 9 malam dengan kemasukan percuma. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2023
Pameran Matta 2023 pada Mac ini akan menjadi acara terbesar sejak ia ditubuhkan dan dijangka menjana jualan RM400 juta dengan sasaran 250,000 pengunjung, kata Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta). - Gambar SINAR HARIAN
Wartawan bertanggungjawab patuhi etika dalam pelaporan berita - Ahli akademik
Wartawan mempunyai peranan penting dalam membina peradaban dan ketamadunan selain mempelopori isu-isu kemanusiaan, keamanan serta ekonomi.
ERL, DK SCHWEIZER umum kerjasama sedia kerusi kulit premium untuk VIP KLIA Ekspres
Kerjasama itu merupakan pencapaian penting bagi kedua-dua syarikat dengan memanfaatkan kelebihan masing-masing.
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Gunung berapi Ile Lewotolok Indonesia meletus, paksa Wings Air batal pendaratan
Sebuah pesawat Wings Air di laluan Kupang-Wunopito Lembata dengan 40 penumpang sepatutnya mendarat di lapangan terbang pada jam 11 pagi.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
MAG tawar diskaun tambang pada MATTA Fair 2024
Malaysia Airlines mempamerkan barisan produk dan perkhidmatannya yang disukai ramai, termasuk perkongsian dengan Manchester United.
Sabah jana jualan pakej pelancongan hampir RM3 juta menerusi pameran MATTA 2024
Pameran MATTA dari 22 hingga 24 Mac lepas menyediakan platform terbaik untuk mempamerkan produk pelancongan Sabah yang pelbagai.
Perak capai jualan RM2 juta sepanjang MATTA Fair
Sebanyak RM2 juta hasil jualan tiket produk pelancongan dan tempahan bilik hotel, telah diraih pada MATTA Fair yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
MATTA Fair: Johor sasar jualan RM8 juta
Pameran MATTA di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin (AICC), Johor Bahru itu dijangka menarik 5,000 hingga 8,000 pengunjung.
Bajet 2023: Promosi pelancongan negara perlu libatkan pelbagai pihak
Libat urus ini bukan sahaja hanya melibatkan satu atau dua agensi semata-mata, tetapi perlu lebih menyeluruh membabitkan ramai pihak pelbagai latar belakang.
'Mood' melancong kian rancak, rakyat Malaysia mula rancang percutian hujung tahun
Rakyat Malaysia dilihat sibuk merancang percutian dalam dan luar negara, mungkin bagi meredakan tekanan selepas melihat banyak perkara terjadi di dalam negara.
Fasa peralihan ke endemik: Perak sasar kemasukan 6 juta pelancong domestik - Exco
Kerajaan Perak menyasarkan kemasukan kira-kira 6 juta pelancong domestik ke negeri ini, selepas negara memasuki fasa peralihan ke endemik.
Malaysia Airlines, Firefly lanjutkan tawaran MATTA Fair 2022 dalam talian
Malaysia Airlines Bhd (MAB) dan Firefly Sdn Bhd akan melanjutkan tawaran MATTA Fair 2022 dalam talian dan melalui aplikasi mudah alih.
Malaysia Airlines sasar jualan RM100 juta sempena Matta Fair
Sasaran itu akan didorong jualan daripada destinasi popular seperti London, Australia, Kuching dan Kota Kinabalu.
MATTA Fair 2020 dalam talian satu lonjakan untuk promosi pelancongan
Acara itu akan berlangsung dari 9 hingga 15 September tahun ini dengan kerjasama pelbagai rakan kongsi pelancongan.